Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan hampir 40,000 anggota polis dan keluarga positif Covid-19, sejak pandemik melanda negara pada Mac tahun lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 452 kes masih aktif dengan 2,339 orang anggota dan keluarga mereka masih menjalani perintah kuarantin.
“Jumlah keseluruhan anggota polis dan keluarga yang dirawat dan dikuarantin akibat Covid-19 adalah seramai 39,168 orang dan keadaan ini menunjukkan anggota polis turut menerima kesan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Hamzah menyeru masyarakat supaya membantu meringankan tekanan kerja yang dihadapi polis dengan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Beliau bimbang kadar kes Covid-19 akan terus meningkat jika orang ramai tidak mematuhi arahan dalam mengekang penularan wabak itu.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply