Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi di negara ini sudah menerima suntikan dos kedua vaksin.
Ia sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan bulan ini.
Setakat ini, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 9,006,715 dos dengan 2,618,316 adalah dos kedua.
“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, membabitkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 4 Julai 2021 ialah 9,006,715 dos.
206,015 dos pada 4 Julai.
Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,388,399 orang. Daripada jumlah itu, 2,618,316 orang juga terima dos kedua.
Daftar di MySejahtera https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/fmO89kkCXs
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 5, 2021
Dr Adham berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575).

–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply