Friday, November 20, 2026
HomeBERITA8 peratus penduduk Malaysia lengkap suntikan vaksin - Adham Baba

8 peratus penduduk Malaysia lengkap suntikan vaksin – Adham Baba

Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi di negara ini sudah menerima suntikan dos kedua vaksin.

Ia sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan bulan ini.

Setakat ini, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 9,006,715 dos dengan 2,618,316 adalah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, membabitkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.

Dr Adham berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575).

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments