Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPM stabil dan bertambah baik, dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan di hospital

PM stabil dan bertambah baik, dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan di hospital

Keadaan kesihatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini stabil dan bertambah baik selepas dimasukkan ke hospital Rabu lalu, akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Perdana Menteri menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi dan tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama beliau sebelum ini berulang.

“Atas nasihat doktor, Perdana Menteri kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

“Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri dimasukkan ke hospital di ibu negara bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea sejak Selasa.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments