Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMalaysia turun tahap paling rendah Laporan Pemerdagangan Manusia 2021

Malaysia turun tahap paling rendah Laporan Pemerdagangan Manusia 2021

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam menurunkan kedudukan Malaysia ke Tahap Tiga, tahap paling rendah dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021.

Lapor AFP, selain Malaysia, negara Guinea-Bissau turut dimasukkan dalam senarai Tahap Tiga.

Ia termasuk Afghanistan, Algeria, Myanmar, China, Comoros, Cuba, Eritrea, Iran, Nicaragua, Korea Utara, Russia, Selatan Sudan, Syria, Turkmenistan dan Venezuela.

Empat negara iaitu Belarus, Burundi, Lesotho and Papua New Guinea dikeluarkan daripada senarai Tahap Tiga dan dimasukkan ke Tahap Dua.

Enam negara diturunkan daripada Tahap Satu ke Tahap Dua iaitu Cyprus, Israel, New Zealand, Norway, Portugal dan Switzerland.

Menurut laporan itu, negara dalam Tahap Dua tidak ‘memenuhi sepenuhnya; standard minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia 2000 (TVPA) tetapi sedang melakukan usaha yang signifikan untuk mematuhinya.

Laporan TIP menyenaraikan negara berdasarkan tahap pematuhan standard minimum bagi memerangi jenayah pemerdagangan manusia.

Tahap Satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi TVPA manakala

Tahap Tiga adalah negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

Menurut laporan TIP 2021 yang dikeluarkan Jabatan Negara AS berkata, pandemik COVID-19 menciptakan ‘persekitaran yang ideal’ untuk sindiket pemerdagangan manusia berikutan kebanyakan kerajaan mengalihkan fokus dalam menangani krisis kesihatan itu.

“COVID-19 menghasilkan keadaan yang meningkatkan jumlah mangsa pemerdagangan manusia selain mengganggu rancangan membanteras jenayah anti-pemerdagangan yang sedang dan akan dirancang setiap negara.

“Negara di seluruh dunia mengalihkan sumber daya bagi memerangi pandemik COVID-19 dan pada sama sama, sindiket jenayah pemerdagangan manusia dilihat dengan cepat mengambil kesempatan,” kata laporan tahunan itu

Malaysia kembali ke Tahap 3 buat pertama kalinya sejak 2014 bersama negara lain dalam senarai itu boleh dikenakan sekatan oleh AS bagi pembiayaan bantuan asing tertakluk kepada keputusan presiden.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments