Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA277 pengusaha pelancongan Tasik Kenyir terima bantuan "one off" berjumlah RM118,100 daripada...

277 pengusaha pelancongan Tasik Kenyir terima bantuan “one off” berjumlah RM118,100 daripada Ketengah

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telah menyalurkan bantuan khas ‘one off’ berjumlah RM118,100 kepada 277 pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris menerusi platform media sosial Facebook peribadinya berkata insentif ini adalah antara program tanggungjawab sosial korporat Ketengah bertujuan meringankan beban pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir yang terjejas pendapatan susulan pandemik Covid-19.

Seramai 175 pengusaha yang telah berkahwin menerima bantuan sebanyak RM500 manakala mereka yang bujang pula menerima RM300 setiap seorang.

“Ini adalah bantuan fasa kedua dimana Ketengah telah menyalurkan sejumlah RM152,700 kepada pengusaha rumah bot pada Jun tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan replika cek kepada wakil pengusaha di Kuala Berang baru-baru ini.

Beberapa pengusaha yang ditemui pula menzahirkan rasa syukur dengan keperihatinan Ketengah dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar atas insentif kewangan yang diberi.

Menurut seorang pengusaha rumah rakit, Ariadi Malik, 51, beliau tidak memperoleh sebarang keuntungan hasil perniagaan rumah rakit sejak pandemik tahun lalu dan hanya bergantung kepada penjualan ikan air tawar.

“Alhamdulillah insentif RM500 yang diterima dapat digunakan untuk menampung kos selenggara set generator rumah rakit. Buat masa ini, kami teruskan sahaja jual ikan sebelum sektor pelancongan dibenarkan beroperasi semula”.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Razali turut menyarankan kerajaan negeri meminta kelonggaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar membenarkan industri pelancongan di Terengganu memandangkan kes jangkitan pandemik semakin reda di negeri itu ketika ini.

“Kes baharu yang dilaporkan konsisten dua digit sejak 11 Jun lalu. Lagipun semua pengusaha industri pelancongan terutama di Tasik Kenyir bersedia untuk beroperasi mengikut syarat ketat dan mematuhi operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujar beliau lagi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments