Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPandangan pemimpin parti politik dibincangkan Raja-raja Melayu esok

Pandangan pemimpin parti politik dibincangkan Raja-raja Melayu esok

Pandangan yang dikemukakan pemimpin politik ketika sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lalu hingga hari ini akan disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu dalam satu perbincangan khas di Istana Negara esok.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, beberapa pakar dari agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat dalam hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara pada perbincangan Raja-Raja Melayu yang dijadual berlangsung jam 2.30 petang.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenaan menerima 19 pemimpin parti politik dalam sesi berlangsung secara bersemuka dan maya di Istana Negara dan mendengar pelbagai isu berkaitan.

Selain pemimpin parti politik Al-Sultan Abdullah turut berkenan menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria.

“perlu diperjelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka dan berkaitan usaha memerangi penularan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat” menurut kenyataan berkenaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments