Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACovid-19 : Kes 'Brought In Dead' di Lembah Klang meningkat

Covid-19 : Kes ‘Brought In Dead’ di Lembah Klang meningkat

Sejak akhir-akhir ini, kes-kes membabitkan ‘Brought In Dead’ atau BID di sekitar Lembah Klang semakin meningkat.

Statistik terkini Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan daripada 36 kes kematian hari ini, Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 8 kes.

Ia diikuti P.Pinang (6) dan masing-masing 5 kes di Sarawak dan Kedah.

Kes kematian tertua pada hari ini berusia 93 tahun manakala kes kematian termuda berusia 29 tahun. Kesemua kes mempunyai komorbiditi.

Malah, 25 (69.4%) kes kematian hari ini merupakan warga emas.

Dua kakitangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sedang melakukan ujian pengesanan Covid-19 terhadap jenazah atau mayat yang dibawa ke hospital atau kes Brought In Dead (BID).

Al Fatihah..Semoga roh mereka dicucuri rahmat. –THE MALAYA POST.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments