LANGKAWI : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed hadir di majlis penyerahan dan penghargaan sumbangan rakan strategik anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar di perkarangan Masjid Al Ehsan, Temenyong, Langkawi, malam tadi.
Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dr Abd Latiff Ahmad.

Menurut Tun Dr Mahathir yang juga merupakan Ahli Parlimen Langkawi mengalu-alukan segala usaha kerajaan Perikatan Nasional untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik.
Di samping, memperbanyakkan kerjasama dari pihak swasta untuk meningkatkan ekonomi di Langkawi.

“Saya mengalu-alukan segala usaha kerajaan untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik.
“Ini bukan bermakna saya sudah jadi penyokong kerajaan, saya masih dalam parti lawan”, kata Tun Dr Mahathir semasa ucaptama di majlis penyerahan dan penghargaan sumbangan rakan strategik anjuran KPLB di perkarangan Masjid Al Ehsan, Temenyong malam ini.

Tun Dr Mahathir turut berkata beliau bersedia untuk kembali ke pangkuan Kerajaan Perikatan Nasional jika penyangak-penyangak PN atau lebih tepat pemimpin-pemimpin yang terpalit dengan kes mahkamah tidak lagi bersama PN.
Dalam pada itu, The Malaya Post telah menghubungi Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Tuan Abu Bakar Yahya bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kesediaan Tun Dr Mahathir untuk bekerjasama dengan PN.
Ini jawab beliau..

“Pejuang boleh bekerjasama dengan PN. Saya yakin Tun Dr Mahathir mempunyai pendirian, beliau tidak akan bekerjasama dengan pemimpin yang mempunyai kes di mahkamah. Jika beliau gila kuasa, sekarang ini beliau adalah Perdana Menteri kerajaan PN bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin” jelas Abu Bakar Yahya . —THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply