Berpuasa di bulan Ramadan bukanlah alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Jabatan Penerangan Malaysia, masa yang terbaik untuk bersenam adalah sekitar 30-45 minit sebelum tiba waktu berbuka puasa.
Ini adalah kerana cecair dalam badan dapat diganti semula sejurus selepas berbuka.
Tahukah anda, berpuasa dapat meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada LEMAK yang terdapat di dalam badan.
Oleh itu bersenamlah mengikut kemampuan seperti brisk walk, slow jog atau turun naik tangga demi mengekalkan stamina dan kecergasan tubuh badan selain dapat membakar lemak yang tidak diingini.
Jom sihat!
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157828614703884&id=230445633883
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply