Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 1,854 kes.
Manakala kes sembuh Covid-19 iaitu 1,247 kes.
Sebanyak lima kematian direkodkan manakala kes aktif iaitu 14,805 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 169 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 79 kes memerlukan bantuan.
Katanya, Sarawak merekodkan kes tertinggi positif baharu iaitu 555 kes diikuti Selangor, 403 kes; Pulau Pinang, 176 kes; Kelantan, 143 kes; Sabah, 139 kes; Kuala Lumpur, 135 kes dan Johor, 103 kes.
“Negeri yang merekodkan kes dua angka iaitu Kedah, 40 kes; Negeri Sembilan, 40 kes; Melaka, 34 kes; Perak, 29 kes; Terengganu, 29 kes; Pahang, 19 kes.
“Bagi kes satu angka, Putrajaya, enam kes dan Labuan, tiga manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com

Leave a Reply