Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada Rabu lalu.
Berita gembiran itu dikongsi oleh Dr Amalina, 34, menerusi laman instagram peribadinya.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami selesai diadakan di Masjid Central London pada 31 Mac lalu. Meskipun tiga kali tertangguh berikutan perintah kawalan pergerakan, kami lega apabila berjaya mengadakan majlis ringkas dengan dihadiri teman rapat dan anggota keluarga. Hanya enam tetamu dibenarkan mengikut peraturan ditetapkan.
“Mengikut perancangan asal, kami ingin mengadakan majlis di Malaysia pada Mac lalu, manakala resepsi di London pula pada Jun depan. Namun, kami terpaksa menunda majlis resepsi ke satu tarikh lain bagi memastikan ramai tetamu dapat hadir.
“Kami tidak sabar meraikan hari yang cukup istimewa bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan,” tulisnya.

Dr Amalina kelihatan cantik menggayakan kurung moden rona putih rekaan Cosry, manakala Charles mengenakan sut lengkap berwarna hitam dan putih.
Majlis ringkas dihadiri teman rapat dan anggota keluarga di mana hanya enam tetamu dibenarkan.

Difahamkan ibunya, Sabariah Hassan tidak dapat hadir memandangkan syarat ketat yang dilaksanakan untuk ke luar negara.
Untuk rekod, mereka berkenalan dalam satu majlis di rumah rakan sekitar tiga tahun terdahulu yang kemudiannya mengikat tali pertunangan Jun tahun lalu.
Suaminya Alexander Charles merupakan pengarah syarikat perisian di sana.

Masih segar di ingatan, nama Nur Amalina menjadi perhatian dan perbualan apabila cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2004 dengan keputusan 17A1.
Selamat menempuh alam perkahwinan buat Dr Nur Amalina dan suami dari kami di The Malaya Post.
Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat ❤️ –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com

Leave a Reply