Friday, November 20, 2026
HomeBERITATiada lagi "work from home", syarikat mula beroperasi seperti biasa esok

Tiada lagi “work from home”, syarikat mula beroperasi seperti biasa esok

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membatalkan syarat pematuhan 30% kehadiran pekerja di pejabat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa esok, 1 April 2021.

Pembatalan syarat itu berikutan cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memberi peluang kepada pihak pengurusan serta penyelia sesebuah syarikat beroperasi pada tahap maksimum.

Demikian kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya sebentar tadi.

Antara sebab keputusan itu ialah arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan kepada syarikat perkilangan sukar dilaksanakan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara meluas

Selain itu, operasi pengilangan sering melibatkan proses kompleks dan teknikal dengan kehadiran pasukan berbeza yang terdiri daripada kakitangan pengurusan serta penyelia dan pada masa yang sama, mereka dikehendaki bekerja secara serentak.

Bagi kakitangan perkhidmatan awam, kapasti kehadiran kakitangan di pejabat tertakluk kepada pekeliling dan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala sektor swasta dibenarkan kehadiran kakitangan 100% di pejabat bagi bahagian pengurusan, penyelia, operasi serta sokongan. –THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments