Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPenyatuan cinta di Jabal Rahmah tema nikah Neelofa, PU Riz

Penyatuan cinta di Jabal Rahmah tema nikah Neelofa, PU Riz

Akhirnya! Penantian peminat tanahair untuk melihat figura cantik Neelofa bergelar isteri tercapai selepas dia selamat diijabkabulkan dengan PU Riz hari ini.

Rata-rata media sosial dan media masa menyiarkan majlis pernikahan mereka pagi tadi, menjawab teka-teki yang selama ini bermain diminda dan bibir peminat.

Pasangan sama cantik sama padan tampil sedondon dalam persalinan serba putih.

Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang kelihatan tampan dan tenang saat diijabkabulkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwin sebentuk cincin.

Begitu juga hiasan pelamin berbunga dari warna sama yang bertemakan Jabal Rahmah.

Bukan sekadar pelamin, hampir semua ruang dewan dan meja santapan dihiasi bungaan putih bersih ini. Sejuk mata memandang…

Difahamkan, Kira-kira 150 tetamu yang hadir menyaksikan penyatuan pasangan ini perlu mematuhi kod pakaian serba putih yang ditetapkan.

Manakala wanita yang tidak berhijab, diminta memakai selendang, juga berwarna putih.

Selepas ini, bolehlah berlakon bersamakan. Pasti trending!

Semoga perkongsian foto menarik sepanjang majlis pernikahan yang berlangsung meriah di Grand Hyatt, Kuala Lumpur dapat menjamu mata para peminat setia pasangan selebriti popular ini.

Tahniah dari kami warga kerja portal The Malaya Post. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah ❤️

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments