Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANeelofa bakal berkahwin hujung minggu ini?

Neelofa bakal berkahwin hujung minggu ini?

Figura cantik, Neelofa sentiasa menjadi tumpuan media dan peminat seni tanah air. Bukan saja kegiatan seni dan perniagaan, malah kisah peribadinya turut menghiasi media.

Khabar angin mengatakan Neelofa akan mengakhiri zaman bujangnya dan berkahwin dengan pendakwah bebas, Harris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada hujung minggu ini sedang bertiup kencang.

Ini berikutan tersebarnya foto tangan dan jarinya dipenuhi dengan hiasan ukiran penuh inai yang lazimnya dilakukan oleh seorang pengantin baharu. Menurut perkongsian netizen, gadis kelahiran Kelantan ini kebiasaannya hanya memakai inai pada jarinya sahaja. Hmm.. tajam sungguh mata netizen ya ????

Selain itu, satu perkongsian Neelofa berupa beberapa potongan doa memohon agar dirinya dipermudahkan segala urusan dengan berlatar belakangkan photo kolaj sorang wanita sedang melakukan ‘fitting’ pakaian di sebuah butik menguatkan desas desus tersebut. Kalau tak ada angin, pokok takkan bergoyang kan… ????

Dalam pada itu, pendakwah terkenal Uztaz Don menitipkan ucapan kepada kedua pasangan ini ketika bertemu untuk sesi rakaman program bertajuk NtoN yang akan ditayangkan menerusi saluran Oasis Astro pada bulan Ramadhan akan datang.

“Buat Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang supaya disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik.

“Semoga Neelofa menjadi isteri solehah. Kepada Riz jaga perhiasan dunia yang baik yang Allah berikan ini,” tulis Ustaz Don dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments