“Doa yang baik-baik.”
Itu kapsyen selebriti serba boleh, Zulin Aziz apabila memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki dipercayai teman ‘istimewa’ di platform Instagram peribadinya.
Berlatar belakang pemandangan indah alam semulajadi photo berkenaan, pasangan ini tampak serasi dan kelihatan santun dalam pakaian tradisional Melayu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut ‘mengusik’ serta mendoakan agar Zulin bakal menamatkan zaman bujangnya dengan usahawan tersebut dalam masa terdekat ❤️
Untuk rekod, Zulin pernah putus tunang di saat-saat akhir sebelum menjelang hari pernikahannya beberapa tahun lalu. Lebih menyedihkan, Zulin tetap mengabadikan sessi bergambar dalam pakaian pengantin walaupun tanpa ‘suami’ disisi.
Berbahagialah Zulin kerana langit tidak selamanya mendung…
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply