Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALaudya Cynthia Bella kongsi luahan perasaan di hari pernikahan bekas suami

Laudya Cynthia Bella kongsi luahan perasaan di hari pernikahan bekas suami

Umum mengetahui kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor telah berkahwin dengan Engku Emran pada 19 Mac yang lalu.

Berita pernikahan pasangan ini mendapat liputan bukan saja di negara kita, malahan turut menjadi perhatian media masa dari seberang.

Mungkin kerana Engku Emran, 46, pernah bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun berpisah selepas dua tahun bersama.

Pada hari pernikahan bekas suaminya itu, Bella dilihat meluahkan kata-kata menyentuh jiwa menerusi platform media sosial Instagram peribadinya.

“Terkadang, kesedihan harus dilalui sebelum tercapainya kebahagiaan. Tersenyumlah ketika bersedih, kerana akan ada kebahagiaan setelah itu”.

Kata-kata itu selain sebagai perkongsian, mungkin juga bagi memujuk hatinya sendiri. Sabarlah Bella…

Selain itu, Bella turut berkongsi koleksi photonya bersama anak Engku Emran iaitu Engku Aleesya serta foto dirinya dalam pakaian pengantin ketika bergelar raja sehari sewaktu bersama bekas suaminya itu.

Perkongsiannya menerima ribuan tanda suka dari pengikut diiringi kata-kata semangat agar tabah menghadapi kedukaan dan ‘move on’.

Peminat turut mendoakan agar Bella mendapat jodoh yang baik pada masa hadapan dan kekal bahagia hingga ke Jannah ????

Sementara itu, bekas isteri pertama Engku Emran iaitu pelakon, penyanyi dan usahawan Erra Fazira tidak memberi apa-apa reaksi di media sosial mengenai berita pernikahan Engku Emran dan Nabila.

Secara realitinya, primadona kesayangan ramai ini tidak pernah mencampuri urusan peribadi bekas suaminya itu selain berkaitan hal ehwal kebajikan anak mereka.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments