Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATweet pedas Hafiz Hamidun ditegur Dato’ Fazley

Tweet pedas Hafiz Hamidun ditegur Dato’ Fazley

Walaupun pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudahpun melabuhkan tirai malam Isnin lalu, namun ianya masih diperkatakan penonton serta netizen menerusi platform alam maya.

Selain dari penampilan pakaian finalis yang sebilangannya dikeji, sudah pasti nama Nabila Razali terus trending dengan kritikan hebat dek penyampaian vokalnya menerusi lagu Peluang Kedua.

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun melalui platform media sosial Twitternya, telah memuatnaik tulisan berbunyi ‘Peluang Kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan’ sejurus Nabila selesai dengan persembahannya.

Namun, dia memadam semula status tersebut selepas beberapa minit diserang kecaman warga maya.

Penyanyi lagu yang berunsurkan agama itu juga memohon maaf dan menjelaskan tidak berniat untuk memperlekehkan Nabila.

Ciapannya itu sekadar luahan rasa kecewa kerana sebagai salah seorang peminat lagu melodi indah ciptaan Hael Husaini tersebut, sudah pasti dia mengharapkan lagu itu dapat dibawa dengan jayanya.

Perkongsian Hafiz itu nampaknya menarik perhatian penyanyi, pelakon dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob.

Menerusi perkongsian laman media sosial Facebook peribadinya, dilihat Dato’ Fazley menurunkan kata-kata nasihat yang sangat dalam maksudnya.

‘Kadang-kadang bila sudah menjadi orang yang dihormati, kita lupa untuk menghormati orang yang perlu diberi peluang untuk belajar berkali-kali’ dengan hashtag #Whoarewetojudge.

Perkongsiannya itu telah menerima ribuan tanda suka dan komentar bercampur aduk para pengikut.

Ada yang bersetuju bahawa setiap manusia adalah tidak sempurna serta harus diberi peluang untuk perbaiki kesilapan dan kekurangannya.

Sesetengah berpendapat tidak salah menegur, tetapi janganlah sampai menjatuhkan air muka. Boleh saja menghantar pesanan secara peribadi jika benar niatnya untuk menegur, bukannya mengutuk secara terbuka.

Atau boleh saja turunkan kata-kata yang lebih positif buat Nabila seperti yang dilakukan beberapa selebriti tanah air antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Michael Ang, Syafiq Kyle, Mira Filzah, Neelofa dan Ika Nabela.

Namun, ada pula yang menyebelahi Hafiz kerana berterus terang dan tidak hipokrit.

Hmmm… apa kata anda?

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments