Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMaybank hentikan transaksi guna SMS TAC, beralih ke Secure2u

Maybank hentikan transaksi guna SMS TAC, beralih ke Secure2u

Maybank tidak akan menghantar SMS TAC (kod kebenaran transaksi) untuk meluluskan transaksi dalam talian terpilih di Maybank2u dan akan beralih ke Secure2u sebagai kaedah baharu.

Bermula 15 Mac, pengguna akan diminta menggunakan Secure2u bagi membenarkan pembayaran bil dan pemindahan Interbank Giro (IBG) dari seberapa jumlah di Maybank2u.

Organisasi terbabit dalam satu kenyataan di laman webnya mengatakan langkah itu adalah sebahagian daripada usaha menyediakan langkah keselamatan perbankan secara dalam talian yang lebih baik.

Menurut laman webnya, Secure2u “menyediakan peranti anda dengan ID Pengguna Maybank2u anda, memberikan “tahap keselamatan tambahan kerana semua transaksi yang dimulakan hanya dapat disahkan pada peranti berdaftar”.

Bank terbabit juga memberitahu Secure2u adalah cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk melakukan transaksi, yang boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan Pengesahan Selamat (kelulusan satu ketukan) atau Secure TAC (nombor TAC enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u).

Pengesahan Selamat membolehkan pengguna Maybank2u menyetujui atau menolak transaksi dalam talian pada peranti mereka setelah amaran pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka.

Sebagai alternatif, ‘Secure TAC’ membolehkan pengguna meluluskan transaksi dalam talian di laman web Maybank2u dengan memasukkan nombor TAC enam digit dari aplikasi.

Untuk mengaktifkan Secure2u, pengguna perlu memuat turun aplikasi Maybank2u MY di Google Play atau Apple App store.

Klik pada tab Menu di sebelah kiri dan pilih Secure2u kemudian ikuti arahan persediaan.  Mereka akan diminta memasukkan kata laluan satu kali yang dihantar ke nombor telefon mereka, memasukkan nombor ID dan kemudian menghantar.

Aplikasi Mae oleh Maybank2u yang berasingan juga menggunakan kaedah kebenaran satu ketukan.  Pengguna akan menerima peringatan pemberitahuan di telefon mereka dan mereka mempunyai 50 saat untuk menyetujui atau menolak transaksi di aplikasi.

Maybank sebelum ini menjadikan Secure2u satu-satunya kaedah kebenaran untuk aktiviti urus niaga melebihi RM5,000 bermula pada 16 Februari, dan seterusnya transaksi RM4,000 ke atas pada 24 Februari lalu.

Secure2u kini digunakan untuk membenarkan transaksi bernilai RM3,000 ke atas berkuat kuasa pada 8 Mac lalu.

Selepas berkuat kuasa, SMS TAC tidak lagi akan dihantar kepada pengguna.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments