Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA“Saya juga punya masalah peribadi”, Hannah minta maaf

“Saya juga punya masalah peribadi”, Hannah minta maaf

Kemelut antara pelakon Hannah Delisha dan ibunya semakin memuncak dan terus mendapat perhatian pengikut dan netizen.

Perkongsian luahan hati ibu di media sosial yang kemudiannya diselar ibu mertua Hannah menimbulkan pelbagai spekulasi seterusnya memberi impak negatif kepada artis cantik kelahiran Singapura ini.

Tidak mahu ia terus dipanjangkan, Hannah menerusi ‘Instagram story’ peribadinya berkongsi luahan hati.

“Saya meminta maaf atas insiden peribadi yang bertebaran di media sosial pada masa ini.

‘Ya, seperti anda, saya juga mempunyai masalah peribadi dan saya sangat kesal ianya menjadi tular dan diperkatakan khalayak ramai.

“Ketika memasuki industri ini, tujuan saya adalah untuk menghiburkan anda melalui karya saya dan bukan kehidupan peribadi saya.

“Saya cuba menjauhkan diri dari gosip sebanyak mungkin dan membawa bendera negara saya dengan bermaruah. Dan saya berharap dapat terus bertahan di jalan itu. InsyaAllah.

“Sekali lagi, saya meminta maaf atas semua berita yang tidak menyenangkan mengenai saya atau keluarga saya. Kalian berhak mendapat lebih baik daripada ini dari saya.

“Saya pohon doa anda untuk kami dan privasi dalam masa sukar ini”, tulisnya lagi.

Semoga Hannah tabah menghadapi ujian ini serta didoakan agar segala kekusutan dapat diatasi dengan tenang dan matang ????❤️

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments