Seorang bayi berusia 37 hari maut sekaligus menjadi mangsa paling muda akibat wabak COVID-19 di Greece.
“Sungguh menyedihkan, berlaku kematian membabitkan mangsa termuda akibat pandemik COVID-19 di negara kita iaitu seorang bayi berusia 37 hari yang berjuang selama 17 hari melawan penyakit itu.
“Kesedihan ini dirasakan tidak tertanggung,” kata Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, melalui Twitter, semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan, bayi lelaki itu dibawa ke sebuah hospital kanak-kanak di Athens pada pertengahan bulan lalu kerana mengalami radang hidung serta demam.
Sehari kemudian, bayi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum meninggal dunia pada Ahad lalu. Hampir 6,800 orang mati akibat COVID-19 di Greece, setakat ini, manakala hampir 480 pesakit sedang dirawat di ICU.
Minggu lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pihaknya meminta bantuan hospital swasta berikutan sistem kesihatan awam di Athens sedang berada dalam ‘tekanan tidak mampu ditanggung.’
– AFP
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply