Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASukarelawan diperlukan di tiga tapak kajian klinikal

Sukarelawan diperlukan di tiga tapak kajian klinikal

“Terima kasih kepada sukarelawan yang sudi untuk terlibat dalam kajian klinikal ini.

“Sumbangan anda kepada pembangunan vaksin COVID-19 amatlah dihargai dalam usaha memerangi pandemik ini.

Demikian memetik kenyataan dari laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 89% daripada sukarelawan yang menyertai kajian klinikal vaksin COVID-19 fasa III di bawah tajaan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS) telah menerima dos pertama vaksin atau plasebo ini.

Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan, penyertaan masih dibuka di tiga buah tapak kajian klinikal di Pulau Pinang, Ipoh dan Sungai Buloh.

Anda boleh hubungi hospital terlibat melalui Whatsapp untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments