Di Petaling jaya sebahagian pembinaan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dilaporkan runtuh akibat kejadian kemalangan sebentar tadi.

Maklumat awal pihak berkuasa, kejadian yang berlaku berdekatan Apartment Desa Tasik dari arah Pandan Indah menghala ke Ampang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lima mangsa terperangkap.
Dalam pada itu, pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori trailer yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan Lebuhraya SUKE.

Menurut kenyataan media PROLINTAS, lori trailer berkenaan tidak terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya SUKE.
Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk.
Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa.
Untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas, sila berhubung dengan saluran komunikasi SUKE seperti berikut:
Telefon hotline : 1 300 88 9922
Facebook : PROLINTAS Highways Twitter : @mySUKEofficial
Emel : feedback.suke@prolintas.com.my Laman web : www.mysuke.com.my
–THE MALAYA POST

Leave a Reply