Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPanggung wayang dibenarkan beroperasi dengan syarat patuh SOP

Panggung wayang dibenarkan beroperasi dengan syarat patuh SOP

Panggung wayang akan dibenarkan kembali beroperasi berikutan perubahan terkini arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan di beberapa negeri semalam.

Demikian menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) setelah mengambilkira pengumuman daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status terkini PKPB dan PKPP di Malaysia.

Semalam, Ismail mengumumkan PKP di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada PKPB berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini. Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada PKPP. Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP. Begitu juga Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan PKPB.

Bagaimanapun, Finas memberitahu kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak Finas akan memaklumkan perkembangan terkini operasi dari semasa ke semasa menerusi medium hebahan media dan laman sesawang sosial rasmi di Facebook, Instagram serta Twitter Finas.

Terdahulu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) berkongsi sektor panggung wayang yang selama ini menjadi nadi hiburan dan menjana ekonomi itu mengambil masa lama untuk pulih setelah mengalami kerugian lebih RM400 juta sepanjang 10 bulan akibat penutupan operasi ekoran PKP.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments