Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,828 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 302,580 kes.
Catatan baharu hari ini membabitkan 1,821 kes tempatan dan tujuh kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,486 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 275,903 kes (91.18%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 25,542 orang (8.44%) manakala 198 pesakit berada di ICU dan 90 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,135 kes (0.38%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

Leave a Reply