Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAShahrizat Jalil kekal Presiden Alumni Fakulti Undang-Undang UM 2021/22

Shahrizat Jalil kekal Presiden Alumni Fakulti Undang-Undang UM 2021/22

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi 2021/2022 dalam sesi pemilihan ahli jawatankuasa pertubuhan itu semalam.

Setiausaha Kehormat PARFUM Edwin Paramjothy dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang juga ahli PARFUM, turut memilih Timbalan Presidennya Tan Sri Muhammad Shafee Md Abdullah.

Beliau berkata Mesyuarat Agung PARFUM dijalankan secara maya turut dihadiri mantan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif selaku Penaung PARFUM.

Selain Edwin, turut dipilih pada mesyuarat berkenaan ialah Bendahari Kehormat Saif Bhatti serta lima ahli jawatankuasa iaitu Shaik Mohamed Mohd Sahed, Tuan Arief Tuan Mohamad Yusof, Khairul Anwar Hairudin, Dr Vincent Ng Wei Chyun dan Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad .

Katanya, PARFUM akan meneruskan program-program bagi alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya terutama untuk pelajar fakulti serta beberapa program lain.

“PARFUM juga menyeru kepada semua alumni yang belum berdaftar untuk turut sama menyertai PARFUM,” katanya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments