Penyanyi dan pengarah, Dato’ Yusry Abd Halim berkongsi berita gembira bersama peminat mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani, kini hamil anak ketiga mereka.
Berita berkenaan disampaikan menerusi laman Instagram Yusry dan kemudiannya dikongsikan oleh isterinya, pelakon Lisa Surihani.

Bercerita lanjut, pada mulanya mereka mahu merahsiakan perkembangan terkini itu memandangkan kehamilan ini merupakan kali ketiga dan sudah pasti orang ramai akan mengetahuinya juga.
Namun, perkara ini tidak dapat dirahsiakan apabila dapat mengelak pertanyaan daripada rakan-rakan wartawan.
“Selepas upload gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung.”
Menurutnya lagi, berita kehamilan Lisa telah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat dan pengumuman kepada umum dilakukan dengan penuh hemah untuk menjaga hati pasangan yang belum dikurniakan cahayamata.
“Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka,” ujarnya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply