Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATun Faisal diminta hadir Tribunal Lembaga Disiplin UMNO 1 Mac

Tun Faisal diminta hadir Tribunal Lembaga Disiplin UMNO 1 Mac

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menerusi platform media sosial Facebook peribadinya berkongsi menerima arahan menghadiri Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, jam 2.30 petang hari ini.

Beliau yang juga menyandang jawatan sebagai Setiausaha Media kepada Menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun telah memohon Lembaga Disiplin memberi tarikh baharu atas alasan komitmen kerja.

Tarikh baharu yang dipohon pada 1 Mac depan dan menurutnya pihak Lembaga Disiplin bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan dan masa tribunal berlangsung jam 2.30 petang di Tingkat 7, Menara Dato Onn, PWTC.

Menurut Datuk Tun Faisal ketika dihubungi The Malaya Post bagi membantu persiapan dan memberikan keadilan kepadanya, beliau telah memohon tiga perkara dari Lembaga Disiplin.

“Permohonan terbabit dibuat selepas berbincang dengan rakan-rakan peguam dan pemimpin veteran UMNO yang telah melihat bagaimana Lembaga Disiplin dan proses keadilan dilaksanakan di dalam parti sebelum ini, termasuk kes pemecatan Datuk Lokman Adam”, katanya kepada The Malaya Post.

Berikut adalah surat permohonan yang dihantar Datuk Tun Faisal kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Malaysia, Tan Sri Zul Hasnan Rafique.

TAN SRI ZUL HASNAN BIN RAFIQUE
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN UMNO MALAYSIA

23 Februari 2021

YBHG Tan Sri,

SURAT TUNJUK SEBAB MENGAPA TINDAKAN DISIPLIN TIDAK BOLEH DIAMBIL TERHADAP PELANGGARAN PERLEMBAGAAN UMNO

Merujuk kepada surat panggilan menghadiri Tribunal Lembaga Disiplin dan perbualan telefon saya dengan Sekretariat Lembaga Disiplin pada 19 Februari 2021, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi saya tarikh baru Sesi Tribunal Lembaga Disiplin, iaitu pada 1 Mac 2021.

2. Sebagai langkah persiapan, saya telah berbincang dengan beberapa orang pengamal undang-undang dan pemimpin veteran parti. Berdasarkan pandangan dan nasihat mereka, bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus, saya ingin memohon kepada YBhg Tan Sri beberapa perkara sebelum sesi tribunal dilaksanakan. Perkara-perkara tersebut adalah:-

i. Senarai nama anggota tribunal, iaitu pengerusi dan anggota-anggotanya.

ii. nama pengadu atau nama UMNO Bahagian yang membuat aduan terhadap saya dan apakah butiran aduan asal dan peraturan-peratuan yang didakwa telah saya langgar

iii. membenarkan saya membawa DUA (2) orang pengamal undang-undang untuk hadir bersama saya sebagai pemerhati dan pihak yang boleh menasihati saya

3. Saya berharap agar tiga (3) permintaan saya ini dapat dipenuhi memandangkan proses dan ketelusan tribunal ini amat penting bagi memastikan UMNO dilihat adil dan mengenepikan persepsi bahawa Lembaga Disiplin dipergunakan untuk memenuhi kepentingan individu tertentu dalam parti.

4. Surat jawapan terhadap dakwaan ke atas saya akan saya serahkan kepada Tan Sri semasa sesi panel tribunal nanti.

Sekian, terima kasih.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments