Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,936 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 277,811 kes membabitkan 2,919 kes tempatan dan 17 kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 4,889 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 239,971 kes (86.38%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 36,797 orang (13.24%). 220 pesakit berada di ICU dan 104 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
13 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,043 kes (0.38%).Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply