Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Anda tidak akan ditangkap' - Khairy gesa warga asing tanpa izin tampil...

‘Anda tidak akan ditangkap’ – Khairy gesa warga asing tanpa izin tampil untuk vaksin

Warga asing tanpa izin tidak akan ditangkap apabila mereka tampil mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Demikian jaminan yang diberi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

“Saya percaya jaminan ini penting untuk memastikan imuniti kelompok dapat diraih,” kata beliau.

Khairi  turut menjelaskan kerajaan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti majikan, NGO dan kedutaan bagi menggalakkan pekerja asing dan pelarian mendaftar untuk proses terbabit.

“Kita akan berhubung dengan kedutaan, organisasi antarabangsa, pertubuhan masyarakat sivil dan NGO untuk membantu kita berhubung warga asing tanpa dokumen.

“Ini bagi membolehkan mereka divaksin dengan jaminan kita tidak akan menangkap atau menahan mereka.

“Saya fikir ini mesej paling penting yang perlu diberikan iaitu mereka boleh tampil dengan bebas dan yakin kerajaan akan beri vaksin kepada mereka serta tidak menahan mereka,” ujar beliau yang bertanggungjawab terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Dilaporkan, kerajaan akan memberi vaksin secara percuma kepada semua yang mendaftarkan diri tanpa mengira status kerakyatan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan sebuah ‘pelan pelaksanaan’ bagi berhubung dengan warga asing sama ada yang masuk secara sah mahupun tidak berhubung program imunisasi.

“Bagi pekerja asing yang ada dokumen, kami akan bekerjasama dengan majikan mereka untuk memastikan majikan memberi maklumat mereka kepada kami.

“Ia bertujuan membolehkan kita membuat temujanji untuk mereka menerima vaksin.

“Kita perlu bina kepercayaan dalam komuniti ini agar mereka tampil ke depan secara sukarela dan kita boleh vaksin mereka,” tambahnya lagi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments