Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,720 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 269,165 kes.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 5,718 orang dan merupakan kes harian tertinggi dalam rekod menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 224, 053 kes (83.2%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 44,129 orang (16.4%) manakala 253 pesakit berada di ICU dan 118 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 983 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply