Istana Pahang menarik balik dan membatalkan anugerah darjah kebesaran negeri, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk daripada dua pelakon tanah air, iaitu Farid Kamil Zahari (Farid Kamil) dan Noruliman A. Rahman atau lebih kenali sebagai Boy Iman.
Surat penarikan semula darjah kebesaran daripada dua artis itu bertarikh 1 Februari lalu.
Menurut laporan Bernama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, selain dua pelakon itu, terdapat tiga individu lagi yang DIMP mereka ditarik balik.
“Mereka adalah Wong Shee Kai@Ricky, Tran Thi Mai @Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya dalam kenyataan di sini.
“Penama itu tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.
“Mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang,” ulas Salehhudin lagi.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply