Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membeli 500 unit gajet yang akan diagihkan kepada pelajar memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, beliau berkata dengan jumlah sumbangan RM200,000 oleh Tunku Ismail, sebanyak 500 tablet akan diedarkan untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online yang telah bermula 21 Januari lalu.
“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.
“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kongsinya.
Terdahulu, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada pendakwah popular itu di Istana Bukit Pelangi pada 5 Februari lalu.
Dalam pertemuan terbabit, Tunku Mahkota Johor turut menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan asnaf dan daif.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply