Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,391 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 234,874 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,392 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 185,278 kes (78.9%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 48,751 orang (20.8%) manakala 310 pesakit berada di ICU dan 134 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
19 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 845 kes (0.4%).Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply