Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKeputusan PKP sepenuhnya sebelum 4 Februari

Keputusan PKP sepenuhnya sebelum 4 Februari

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya sebagaimana PKP 18 Mac tahun lalu, akan diumumkan sebelum 4 Februari ini.

Keputusan itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut beliau, pelbagai aspek akan dipertimbangkan khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.

“Pelbagai reaksi timbul apabila dimaklumkan tentang pelaksanaan PKP1 (PKP sepenuhnya).

“Ada pihak setuju kerana mereka mahu PKP 1 dilaksanakan bagi menutup sepenuhnya semua operasi iaitu tiada perniagaan dan rakyat duduk di rumah seperti dilakukan dulu dengan alasan boleh membantu percepatkan penurunan kes harian COVID-19.

“Ada yang tidak setuju terutamanya peniaga atau peniaga mikro kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” ujar beliau.

Sehubungan itu, sebarang keputusan kerajaan akan dinilai secara menyeluruh terutama aspek kesihatan kita perlu jaga, tetapi dalam masa yang sama kita mahu lindungi kepentingan rakyat terutamanya golongan miskin yang terpaksa bergantung kepada pendapatan harian.

Beliau mengangarkan sebanyak 2.8 juta individu berdepan risiko kehilangan pekerjaan jika PKP penuh dilaksanakan kerajaan.

“Kumpulan berpendapatan rendah (B40) juga akan kehilangan pendapatan bulanan dengan purata RM2,400 sebulan membabitkan RM6.45 bilion kesan pelaksaan PKP penuh.

“Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sejak perlaksaan PKP pada Oktober 2020, sebanyak 13,445 syarikat telah and menutup operasi dan ini menyebabkan banyak pihak telah kehilangan pekerjaan,” jelas beliau.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan bahawa PKP di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.

Dr Noor Hisham berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

“Oleh itu, kerajaan akan mengumumkan perkara ini sebelum 4 Februari depan dan perbincangan dengan semua pihak akan dilakukan dengan mengambil kira kesan yang akan timbul jika PKP penuh dilaksanakan baik dari segi kesihatan mahupun ekonomi,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments