Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAInisiatif Pakej Bantuan PERMAI 2021

Inisiatif Pakej Bantuan PERMAI 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion hari ini.

Pengumuman secara langsung menerusi televisyen dan platform digital itu antara lain menyenaraikan 22 inisiatif di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama iaitu :

1. Meningkatkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk 400,000 penerima.

2. Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM2.38 bilion akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan. Ia melibatkan 11.1 juta penerima.

3. JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

4. Potongan cukai untuk penderma yang menyumbang bantuan kepada rakyat terjejas ekoran pandemik.

5. Bayaran pendahuluan i-Sinar bermula 26 Januari 2021.

6. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.

7. Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April 2021.

8. Pakej telekomunikasi Khas untuk pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Pengajian Tinggi akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021.

9. Melonggarkan syarat permohonan sistem insurans pekerjaan prihatin (SIP PRIHATIN).

10. Program Subsidi Upah 3.0 (PSU3.0) di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor. Ia akan memberi manfaat kepada 250,000 majikan yang melibatkan 2.6 juta pekerja.

11. Bantuan sekaligus berjumlah RM500 kepada lebih kurang 132,000 penerima seperti pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

12. Pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi pemilikan 5 tahun sehingga 31 Disember 2021. Ini merujuk kepada tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan dan juga kegunaan sendiri.

13. Skim Mikro Kredit akan dipercepatkan dimana ia melibatkan kos lebih RM1 bilion.

14. Merancakkan jualan atas talian. RM150 juta diperuntukkan untuk kempen e-Dagang PKS & PKS Mikro. Manakala jumlah yang sama diperuntukkan untuk Shop Malaysia Online.

15. Menambah baik Skim Jaminan Prihatin Danajamin melibatkan RM50 bilion.

16. Meningkatkan Skim Jaminan Prihatin dari RM500 juta kepada RM1 bilion.

17. Diskaun sebanyak 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA sehingga April 2021.

18. Diskaun bil elektrik sebanyak 10% bermula Januari hingga Mac 2021 untuk enam sektor terpilih iaitu pengendali hotel, taman tema, pusat konensyen, pusat beli belah, syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan.

19. Rebat elektrik 2 sen / sekilowatt-jam untuk semua pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula Januari hingga Jun 2021.

20. Jaminan 50% untuk pinjaman sedia ada bagi Skim Rehabilitasi sewa beli bas.

21. Penambahbaikan Akta langkah-langkah sementara bagi mengurangkan kesan penyakit Covid 19.

22. Tempoh kuat kuasa Perjanjian sewa beli atau kontrak pajakan dan kontrak jualan akibat ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontraktual dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021.

23. Portal manfaat Belanjawan 2021 diwujudkan.

24. Moratorium atau penjadualan semula bayaran pinjaman pendidikan MARA.

25. Pengecualian Levi Majikan bagi syarikat yang tidak beroperasi semasa PKP dan PKPB.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments