Laporan terkini hari kedua Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencatatkan peningkatan kes baharu berjumlah 3,337 kes.
Peningkatan baharu berkenaan membabitkan 3,330 kes tempatan dan tujuh kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara meningkat kepada 147,855 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 1,710 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 113,288 kes (76.6%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 32,377 orang (23%) manakala 195 pesakit berada di ICU dan 86 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Direkodkan lima belas kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 578 kes (0.4%).
Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply