Pesawat penumpang Boeng 737 Sriwijaya Air dilaporkan hilang dari radar dan terputus hubungan pada jam 2.40 waktu tempatan ketika sedang melalui ruang udara daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
Maklumat awal menyebut pesawat SJ182 yang membawa 56 penumpang terdiri daripada 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi itu dalam penerbangan dari Jakarta menuju ke Pontianak telah berlepas pada jam 1.30 petang waktu tempatan.
Menurut pemantauan laman FlightRadar, pesawat itu terputus hubungan di kedudukan 11 batu nautika di luar garis pantai Jakarta ketika menanjak dari ketinggian 11,000 kaki menuju ke 13,000 kaki.
Maklumat dari Basarnas pula menyatakan, mereka mengenal pasti isyarat kecemasan di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang.
Jumlah penumpang dan krew dalam pesawat berkenaan masih belum dapat dipastikan.
“Masih terlalu awal untuk memperincikan nasib pesawat berkenaan,
“Namun pada saat ini proses siasatan sudah dimulakan dan pihak Kementerian Pengangkutan Indonesia sedang berkoordinasi dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) serta Jawatankuasa Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT),
“Saya akan maklumkan perkembangan terkini nanti,” memetik pengumuman Pengurus Perhubungan Awam Airnav Indonesia,” Yohanes Sirait ketika diminta pengesahan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply