Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMCA terkilan isu pemecatan Annuar Musa

MCA terkilan isu pemecatan Annuar Musa

Pucuk pimpinan MCA terkilan dengan laporan menyatakan pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Menerusi kenyataan media, pucuk Pimpinan Tertinggi MCA hanya mengetahui perkara ini melalui laporan media dan ianya tidak
pernah dirundingkan bersama parti komponen dalam BN mahupun diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

Pihaknya tidak boleh membuat ulasan lanjut pada ketika ini kerana masih belum mendapat sebarang notis Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan tidak dapat mengesahkan kesahihan berita terbabit.

Dalam pada itu, MCA berpendapat sebarang pelantikan jawatan dalam BN perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan BN dan secara konvensinya pencalonan ini haruslah dibentangkan serta dipersetujui secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Begitulah juga dengan sebarang pemecatan mana-mana pihak daripada jawatan seperti Setiausaha Agung dan Bendahari Agung BN,”   ujar kenyataan terbabit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments