Jumlah terkumpul COVID-19 dalam negara berada pada paras membimbangkan ekoran peningkatan kes harian yang sentiasa meningkat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sentiasa mengingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian wabak pandemik ini.
Terbaharu, pelakon dan model, Harris Annuar disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani ‘self quarantine’ seperti yang disarankan pihak berwajib.
Pelakon yang dicungkil bakat melalui program realiti Hero Remaja 2017/18 ini juga memohon kesemua kontak rapat dua minggu terakhir dengannya agar segera melakukan ujian saringan di klinik berhampiran.

Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Harris turut memberitahu dirinya kini sedang menunggu tindakan lanjut dari pihak KKM.

Semoga dipermudahkan urusan dan kepada semua kontak rapat dengan Harris, cepat-cepat jalani ujian saringan ya!
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply