Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, sah bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33 atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir.
Majlis pernikahan berlangsung penuh sederhana pada jam 3.30 petang tadi bertempat di Masjid Al Takwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri dengan mas kahwin berupa seutas rantai permata.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sebanyak sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Pernikahan disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.

Cantik menggayakan pakaian putih sedondon rekaan Lynda Rahim, wajah pengantin diserikan dengan sentuhan tatarias oleh jurusolek terkenal tanah air, Alha Alfa.

Kami warga kerja portal The Malaya Post mengucapkan salam tahniah kepada pasangan ini. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply