Tahun 2020 meninggalkan kita dengan seribu kisah suka duka. Tahun yang mencabar, namun pasti ada hikmah tersembunyi.
Tidak ketinggalan ada yang sudi berkongsi pencapaian dan kejayaan mereka sepanjang tahun lalu menerusi platform media sosial mereka.
Antaranya ialah Instafamous yang cukup terkenal dengan perkongsian resipi masakan, Khairul Aming.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Nah, lihatlah! Setelah setahun mengamalkan diet seimbang dan senaman, Khairul Aming telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram.

Menurutnya, semangat untuk mendapatkan berat badan lebih ideal bermula apabila doktor menyarankan berbuat demikian demi menjaga kesihatan dan mengawal kolesterol dalam badan yang tinggi.

Pada perkongsiannya, dia memulakan senaman ringan, jogging dan paling berkesan ialah bermain ‘tali skipping’.
Tidak kira masa dan tempat, Khairul mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti ini setiap hari.

Mungkin cabarannya lebih sukar kerana Khairul gemar memasak dan menikmati makanan, namun perubahan kepada menu lebih sihat pasti membantu mengurangkan berat badan.
Semoga perkongsian Khairul Aming ini memberi inspirasi kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang selamat dan sihat.
Tahniah bro! Kita boleh! ????????
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply