Friday, November 20, 2026
HomeBERITAIsu jalan rosak, Sharnaaz Ahmad kritik keras pengampu orang kaya

Isu jalan rosak, Sharnaaz Ahmad kritik keras pengampu orang kaya

Viral di laman media sosial apabila orang ramai menyatakan ketidakpuasan hati tentang isu jalan raya rosak dan berlubang membabitkan seorang menteri baru-baru ini.

Ketidakpuasan hati orang ramai terjadi apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan Kuala Langat memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terjatuh dan cedera akibat terlanggar lubang jalan ketika aktiviti berbasikal.

Permohonan maaf dan tindakan segera JKR membaik pulih jalan raya yang berlubang seperti yang dikongsi YB KJ menjadi pertikaian ramai apabila jabatan terbabit seperti pilih kasih dan timbul pula seperti antara dua darjat di antara rakyat jelata dan orang kenamaan.

Isu hangat berkenaan turut mendapat perhatian aktor Sharnaaz Ahmad.

“Aku yang melambung naik motor hari-hari dekat Masjid Wilayah ini apa cerita?

“Ini semua pengampu orang kaya. Geng-geng aku yang bawa Grab tak mahu minta maaf ke?,” luah pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai berpendapat hanya kerana basikal seorang menteri berharga RM45,000 rosak, JKR segera tampil membuat permohonan maaf.

Sedangkan pengguna jalan raya yang lain turut mengalami kejadian yang sama malah lebih teruk dari itu sehingga membabitkan nyawa namun tiada tindakan susulan diambil oleh pihak berkaitan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments