Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAAir Asia bercadang memanggil semula pekerja yang diberhentikan

Air Asia bercadang memanggil semula pekerja yang diberhentikan

Kira-kira 500 kakitangan syarikat penerbangan Air Asia yang telah diberhentikan kesan pandemik COVID-19 akan dipanggil kembali bekerja dan kebanyakan daripada mereka perlu menjalani latihan semula.

Demikian memetik pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi portal @SAYS.

Beliau mengharapkan agar tahun 2021 mampu memberi sinar baru kepada pemulihan pandemik ini.

Menurut beliau, ini bukan sahaja membuatkan syarikat berhenti dari memberhentikan pekerja, malahan mampu mendapatkan kembali mereka yang telah dilepaskan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mereka adalah kakitangan yang hebat dan terbaik buat AirAsia.

“Keutamaan pertama kami adalah tiada lagi kakitangan yang kehilangan pekerjaan,

“Keutamaan kedua pula adalah memanggil semula kakitangan saya yang dibebaskan dan itu adalah prinsip pertama serta kedua saya,” kata beliau.

Untuk rekod, syarikat penerbangan tambang rendah itu telah memberhentikan kira-kira 2,400 kakitangan daripada 24,000 tenaga kerjanya sejak sempadan antarabangsa Malaysia ditutup pada Mac 2020.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments