Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini merasmikan majlis Pelancaran Sinergi Service Learning Malaysia – University For Societ (SULAM) dengan slogan “Inspiring Learner’s , Empowering Community, majlis yang diadakan secara hibrid bertempat di Dewan ZA’ABA.

Di majlis berkenaan, beliau mengumumkan tiga inisiatif SULAM telah dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) antaranya, penubuhan SULAM-Net, iaitu sebuah jaringan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), industri, agensi kerajaan dan komuniti dalam memperkasakan pelaksanaan SULAM di peringkat nasional.
“Selain itu, “e-SULAM Ideation, Invention and Innovation Challenge”atau juga dikenali sebagai “e-SULAM INNOVATE” dan merupakan satu pertandingan bagi mencabar inovasi para pelajar dalam pelaksanaan SULAM di IPT.
“Pembangunan portal SULAM yang bakal memudahkan orang awam termasuklah industri dan agensi untuk mengetahui dan menyertai kolaborasi SULAM bersama kementerian,” ujar beliau.
Menjelaskan kepentingan SULAM, beliau berkata ia merupakan inisiatif KPT yang menggabungkan objektif pembelajaran
dengan khidmat komuniti.
“Usaha ini mengetengahkan pendekatan “High-Impact Educational Practices (HIEPs)” yang memberikan ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti dan pada masa yang sama menjalinkan kerjasama strategik dengan industri serta agensi kerajaan.
“Sinergi ini bermatlamat menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti setempat dengan menghubungi kaitkan teori dan praktis.
”Menelusuri kembali pelaksanaan aktiviti berasaskan komuniti di IPT ini, program seumpamanya telah pun mula bertunas sekitar tahun 2019,” kata beliau.
Menurut beliau, pendekatan SULAM berimpak tinggi bermula dengan Projek Pembangunan Komuniti, Eko Warisan Pelancongan di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi.
”Program ini melibatkan seramai 200 pelajar pelbagai bidang dari UTM dengan kerjasama KEJORA, Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang.
“Dengan potensi yang dimiliki oleh komuniti setempat di pulau ini, Dr. Noraini berharap agar hasrat murni UTM untuk melakarkan Pulau Tanjung Surat dalam peta dunia sebagai sebuah pulau eko warisan pelancongan akan menjadi kenyataan.
“Suka juga saya kongsikan di sini bahawa terdapat banyak lagi projek SULAM lain yang telah dilaksanakan di peringkat IPT antaranya adalah seperti Program Komuniti Budaya dan Etnik Bidayuh Borneo oleh pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UNIMAS, Projek Pengurusan Kesihatan Ikan Siakap oleh pelajar Fakulti Perubatan Veterinar, UPM dan Projek Pemerkasaan Solok Sengkuang Cabin D’Village, Kampung Batang Nyamor, Negeri Sembilan oleh pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM,” ulasnya.
Katanya, sehingga kini sebanyak 445 program akademik di universiti awam sudah pun melaksanakan projek SULAM yang berjaya menyantuni pelbagai komuniti dari peringkat bandar hingga ke luar bandar, komuniti orang asli, anak yatim dan sebagainya.
Menjelaskan tujuan SULAM-Net serta Peranan Industri dalam konsep Quadruple Helix adalah untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Tema ini juga turut selaras dengan inisiatif transformasi program akademik berasaskan komuniti, iaitu “Community Resilience Experiential Learning” atau CARE melalui pemantapan kurikulum di IPT yang menggabungkan pembelajaran berasaskan pengalaman ke dalam kurikulum.
Justeru, menurut beliau, KPT amat menitikberatkan pembangunan satu sistem sokongan yang lestari bagi menjayakan inisiatif SULAM.
“Bagi maksud itu,KPT telah memperkenalkan pembentukan jaringan yang dikenali sebagai SULAM-Network atau ringkasannya SULAM-Net.
“Pembentukan jaringan ini dijangka dapat memperluas keterlibatan semua pemegang taruh dalam pelaksanaan projek SULAM yang lebih berkesan dan memberikan
impak besar kepada komuniti.
“Dengan adanya SULAM-Net, IPT akan dapat menyelaraskan secara lebih terancang dan tersusun program-program SULAM di seluruh negara agar memenuhi keperluan sesebuah komuniti,” tambahnya.
Beliau juga yakin jaringan ini boleh diperluaskan ke peringkat antarabangsa yang seterusnya mampu meningkatkan lagi keupayaan dan keberkesanan SULAM.
“KPT juga sedia maklum akan peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak terutamanya dari industri dalam menjalankan tanggungjawab sosial melalui aktiviti khidmat masyarakat.
“Jadinya, saya menyeru para hadirin yang hadir pada hari ini untuk mengambil peluang yang telah disediakan ini mewujudkan kolaborasi antara IPT, industri, agensi kerajaan dan komuniti demi kesejahteraan komuniti setempat,
“Platform ini memberikan peluang kepada komuniti untuk mengenali dan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam merancang aktiviti yang berstruktur dan mampan bagi meningkatkan sosioekonomi mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan kementerian pertama yang telah menjalinkan kerjasama
dengan KPT melalui program Sahabat KPLB. Manakala Khind Starfish Foundation merupakan industri terawal yang berkolaborasi dengan KPT melalui “Project for Happiness” yang memperuntukkan dana khas sebanyak RM150,000.00 setiap tahun untuk menyokong pelaksanaan SULAM di peringkat IPT.
Bagi kemudahan semua pihak, KPT telah menyediakan Portal SULAM yang boleh menjadi rujukan utama berkaitan dengan informasi SULAM.
Portal yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) ini diharap mampu menjadi pemangkin untuk komuniti berkongsi permasalahan agar pihak industri dan agensi boleh mengetahuinya secara langsung.
”Ini membolehkan pihak terbabit mengenal pasti kerjasama yang boleh dijalankan bagi membantu komuniti tersebut khususnya dari aspek pembangunan komuniti.
“KPT turut menganjurkan Pertandingan e-SULAM Innovate. Pertandingan ini dijangka akan dapat menggalakkan lagi pelaksanaan aktiviti SULAM secara dalam talian di IPT, malah pelajar berpeluang mengetengahkan projek SULAM dalam talian yang berimpak tinggi secara lebih kreatif dan inovatif.
“Pada masa yang sama, mereka boleh melengkapkan kursus yang berkaitan dan menyumbang kepada komuniti,” katanya.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply