Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABERSATU zahir ucapan takziah kepada Dato' Seri Najib dan keluarga

BERSATU zahir ucapan takziah kepada Dato’ Seri Najib dan keluarga

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mewakili seluruh barisan kepimpinan dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan ahli keluarga diatas pemergian Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah pada petang semalam.

Menerusi kenyataan media, beliau turut melahirkan rasa sedih dan berdukacita di atas perkhabaran itu.

Beliau mengharapkan agar kesemua ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian besar ini.

“Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah adalah satu kehilangan besar kepada negara dan amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat,

“Bersama kita doakan agar Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga,” ujar beliau.

Al-Fatihah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments