Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,220 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 1,220 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,220 kes baharu positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 89,133 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,297 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 74,030 kes (83.1%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,671 orang (16.8%) manakala 106 pesakit berada di ICU dan 53 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian direkodkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 432 kes (0.5%).

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments