Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan tiga anak sekelip mata pasti memberi tamparan hebat buat si ibu.
Begitulah dugaan berat seorang ibu apabila terlibat dalam satu kemalangan ngeri dikilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, membabitkan sebuah kereta Perodua Axia dan juga sebuah lori treler telah mengorbankan nyawa tiga anaknya serentak.
Kejadian berlaku petang semalam membabitkan Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27 tahun yang memandu Perodua Axia yang mengalami cedera parah dipercayai terbabas dan melanggar belakang treler.
Ketiga-tiga anak yang maut adalah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1 selepas kereta yang mereka naiki melanggar treler yang bergerak di laluan kecemasan.

Dilaporkan, wanita terbabit bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari kampung halaman di Melaka sebelum terbabit kemalangan di Ipoh.
Salam takziah kepada keluarga mangsa dan didoakan si ibu terus bertabah hati dalam menghadapi ujian berat ini.
Al-Fatihah.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply