Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPesanan lucu pada mesin pengimbas suhu badan cuit hati netizen

Pesanan lucu pada mesin pengimbas suhu badan cuit hati netizen

Norma baharu yang kini semakin sebati dengan masyarakat dunia adalah suatu usaha berterusan demi mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19.

Oleh itu, masyarakat harus sedar dan sama-sama menjalankan tanggungjawab mematuhi setiap arahan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara arahan yang telah dikuatkuasakan adalah membuat pemeriksaan suhu badan sebelum melangkah masuk ke mana-mana premis disamping merekod butiran diri.

Sebagai peringatan, sesetengah daripada pihak premis turut mengambil inisiatif meletakkan arahan bertulis agar pelanggan yang datang mematuhi arahan dengan melakukan pemeriksaan mengikut cara yang betul.

Pemeriksaan suhu perlulah menerusi bacaan dari dahi dan bukannya pergelangan tangan.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, dipaparkan foto mesin pengimbas suhu badan berserta arahan bertulis lucu dan mencuit hati.

Kalau sedang stress pun, pasti kita akan tertawa melihat arahan ‘sinis’ begini. Hmmm… Macam-macam orang kita ni kan! ????

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments