Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,772 kes baharu, tiga kematian hari ini

COVID-19 : 1,772 kes baharu, tiga kematian hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,772 kes baharu membabitkan 1,760 kes tempatan dan dua belas adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 86,618 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,804 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 71,681 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,515 orang manakala 118 pesakit berada di ICU dan 56 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian direkodkan hari dan jumlah kes kematian meningkat kepada 422 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments